'Mulut macam ni la yang rosakkan habis vibe puasa, toxic habis kat Twitter' - Khairul Aming



Tindakan sesetengah individu mengecam dan menuduh beberapa content creator menerbitkan video memasak yang dikatakan meniru Khairul Aming, membuatkan tuan empunya badan berasa kesal dan meminta netizen berhenti berbuat demikian. 


Terdahulu, content creator Bangman dikecam golongan yang tidak bertanggungjawab ini kerana dituduh meniru video Khairul Aming. Sedangkan Bangman menjelaskan, dia sememangnya minat memasak dan pernah memuat naik video memasak di akaun media sosialnya sebelum ini. 


Dalam kes terbaru, content creator Danish Harraz turut menerima nasib yang sama dan hal itu mendapat perhatian Khairul Aming yang terus membuat teguran secara 'direct' melalui Twitter sehingga menyebabkan 'kaki komplen' Tora Edora memadamkan ciapan tersebut, namun sempat di-screenshot oleh netizen. 


"Mulut macam inilah yang merosakkan habis vibe puasa tahun ni. Sebelum ini, enjoy buat video puasa. Tahun ni habis jadi toxic kat Twitter. 



"Semua orang enjoy je buat video masak, sampai la mulut batu api macam ni muncul. Pastu habis jadi gaduh semua orang. Please la stop. 


"Aku sampai jadi bersalah sebab orang datang serang aku sekali. Padahal aku tak pernah claim, tak pernah mention sesiapa pun. Selama ni kitorang yang memasak sama-sama, support each other. Sampai la muncul benda toxic batu api macam ni kat Twitter. Facebook pun tak batu api macam ni. 


"Tolong la stop. Annoying sangat dah benda ni. Semua orang jadi serabut. Yang geng masak ni buat content ikhlas untuk tolong orang bulan puasa. Tak ada pun cari gaduh dengan orang. Kenapa nak pecah belahkan komuniti yang tak kacau orang ni? Serious aku tak faham level toxic tahun ni," katanya. 




Sementara itu, netizen berpendapat individu yang gemar membuat tuduhan seumpama itu pada content creator memasak sebenarnya cemburu atau iri hati kerana tidak dapat mengecapi kejayaan yang dicapai oleh content creator. Hal itu membuatkan mereka bertindak melemparkan kata-kata yang menyakitkan hati untuk menjatuhkan mangsa. 


"Bila dia dah jadi batu api, iri hati dengan kejayaan dan kebolehan orang lain, dia mulalah menjadi spesis setan," kata Ali Wira.


"Betul, tahun ni ramai gila toksik. Macam tak boleh langsung nak happy macam dulu-dulu. Dulu pun ramai je buat video memasak. Sekarang kalau buat video memasak, terus dituduh tiru orang tu, orang ni. Suka hatilah kalau nak tiru sesiapa sekali pun. Yang bising dan mengajak orang mengata sekali tu, tiru siapa pula? Syaitan?" kata Zaty. 


Sumber: Twitter Khairul Aming



source https://www.thereporter.my/2022/04/mulut-macam-ni-la-yang-rosakkan-habis.html
Previous
Next Post »