'Bini susah payah cari kau, kau senang-senang bagi talak tiga terus kat FB?'



Seorang lelaki dikenali sebagai DJ Wong atau nama sebenar, Noor Aziz Johari, 53, dilaporkan hilang sejak Rabu lalu, membuatkan isterinya DJ Sal, 47, tertanya-tanya di mana keberadaan suaminya itu. 


Menurut DJ Sal, sebelum hilang, suaminya sempat memeluknya, dicium tiga kali dan dipuji cantik. Dia kemudian pergi ke bilik untuk bersiap memandangkan mereka akan bersiaran secara langsung di Facebook DJ Wong And Sal Bollywood pada jam 10 malam. 


Sal kemudian menyedari suaminya hilang dan cuba mencarinya di sekeliling rumah tetapi gagal menemui lelaki itu. Sal terus bergegas ke rumah keluarga suaminya di Kampung Bukit Lada, Pokok Sena, hasilnya juga menghampakan. 


Berkata kepada media, tiada perselisihan faham yang berlaku di antara mereka tetapi Sal perasan suaminya kelihatan murung sejak kebelakangan ini dan kurang ceria.


Susulan kehilangannya itu, Sal membuat laporan polis dan meminta orang ramai membantu mencari suaminya. 


Bagaimanapun, DJ Wong yang hilang sejak tujuh hari lalu tiba-tiba muncul bersiaran langsung di Facebook berkenaan dan meminta maaf serta bersumpah di depan al-Quran. 


DJ Wong yang tidak mendedahkan lokasinya memaklumkan, dia selamat dan meminta semua pihak berhenti mencarinya kerana dia keluar dari rumah itu dengan kerelaan hati, selain berdepan dengan masalah peribadi dengan isterinya. 


Pada akhir siaran, DJ Wong melafazkan cerai talak tiga terhadap isterinya dan memaklumkan kepada followers bahawa dia tidak akan muncul di Facebook tersebut selepas ini. 



Tindakan DJ Wong itu membuatkan isterinya terkejut sehingga mengelar lelaki itu dayus kerana menghilangkan diri dan melafazkan cerai terhadap dirinya melalui Facebook. 


Sal bagaimanapun enggan mendedahkan secara terperinci mengenai apa yang berlaku kerana masih mahu menjaga aib DJ Wong dan meminta lelaki itu menunggu urusan selanjutnya di mahkamah. 


Sumber: Harian Metro



source https://www.thereporter.my/2022/04/bini-susah-payah-cari-kau-kau-senang.html
Previous
Next Post »