Gerai Mee Tonggek dibenarkan beroperasi semula, pemilik pertimbang ambil tindakan undang-undang terhadap pengadu

Foto MyMakanTV


"Kepada pelanggan-pelanggan kami, Mee Tonggek, boleh datang semula ke tapak Bazar Ramadan Putrajaya untuk support Mee Tonggek Udang Galah dan Sotong double XL," demikian kata pengusaha gerai Mee Tonggek yang dibenarkan beroperasi semula.


Terdahulu, gerai Mee Tonggek diberi notis amaran dan ditutup sementara susulan aduan seorang pengguna TikTok yang mendakwa menemui ulat dalam menu Mee Tonggek Sotong Double XL. 


Bagaimanapun, pemilik gerai berkenaan yang dikenali sebagai Mahathir berkata, dia dibenarkan berniaga semula setelah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.




"Saya mendapat kelulusan dari KKM untuk beroperasi semula di tapak Bazar Ramadan Putrajaya kerana siasatan semua sudah selesai. Kami juga telah menunjukkan kepada pegawai KKM bagaimana proses perniagaan kami dari segi proses, masakan di tapak bazar.


"Jadi, jualan yang kami sediakan di sini semuanya di masak di tapak bazar. Kami tidak masak di kedai, semua masakan jualan di kedai ini dimasak di kedai. Semuanya dimasak panas-panas, bukannya masak di kedai. Cuma penyediaan bahan masakan dilakukan di kedai. 




Ketika ditemubual oleh Channel MyMakanTV, Mahathir memaklumkan bekalan sotong double XL berkenaan diperoleh dari Pasar Borong Selangor, manakala Udang double XL diperolehi dari Sabah. 


Turut ditunjukkan, cara-cara penyediaan dua menu utamanya itu yang mana kesemuanya dimasak panas-panas di tapak niaganya. 


Ketika rakaman temubual itu dibuat, kedengaran seorang wanita bertanya kepada Mahathir apakah dia akan mengambil tindakan undang-undang (saman) terhadap pengadu yang mendakwa menemui ulat dalam masakannya. Mahathir menjelaskan dia dalam proses untuk berbuat demikian. 


"Apa cerita orang tu (pengadu), dah kena saman dah?" soal wanita berkenaan.


"Dalam progres, inshaAllah saya akan buat (ambil tindakan undang-undang)," jawab Mahathir.


"Padan muka dia," ujar wanita berkenaan. 




"Kita teruk berniaga, setahun sekali saja pun. Dia seorang pula tu (yang buat dakwaan menemui ulat), naya betul. Sedih pun ada, tak semangat dah (berniaga) sebenarnya. Pelanggan nak datang pun takut. 


"(Kalau dakwaan itu benar sekalipun) datanglah berjumpa dengan saya," katanya menjawab soalan wanita terbabit. 



Sebelum ini, pengadu, Meximus, memuat naik video dirinya membeli mee tonggek dari gerai tersebut dan sebaik saja pulang ke rumah untuk berbuka puasa, dia mendapat mee tersebut dicemari ulat, lalu membuat aduan kepada Perbadanan Putrajaya.


Meximus juga berterima kasih kepada Perbadanan Putrajaya kerana mengambil tindakan pantas terhadap aduannya yang viral di media sosial.


Sumber video: MyMakanTV



source https://www.thereporter.my/2022/04/gerai-mee-tonggek-dibenarkan-beroperasi.html
Previous
Next Post »