Selangor lancar projek rumah mampu milik untuk B40, harga seunit RM250,000



Sememangnya menjadi impian semua terutamanya golongan yang sudah berkeluarga memiliki rumah sendiri.  Namun, dengan harga rumah pada masa ini yang dijual pada harga di luar kemampuan, impian itu terpaksa dilupakan dan menyewalah sehingga hujung hayat. 


Bagaimanapun ada berita baik buat golongan B40, Kerajaan Selangor semalam mengumumkan akan melaksanakan projek perumahan khas untuk golongan berkenaan. 




Menteri Besar Selangor, Dato' Amiruddin Shari berkata, projek Rumah Idaman itu akan disediakan sekitar 30,000 unit dan harga yang ditetapkan adalah RM250,000 pada paras harga mampu milik, dengan saiz rumah seluas 1,000 kaki persegi. 


Lapor portal Rnggt.com, dalam sidang media khas yang diadakan semalam (7 April 2022) turut menyatakan Rumah Idaman itu dilengkapi dengan pelbagai kemudahan kepada para pemilik seperti, dua ruang parkir, tiga bilik tidur bersama dua bilik air, almari pakaian di setiap bilik tidur, tiga unit penyaman udara, pemanas air dalam setiap bilik air, sebuah kabinet dapur, satu unit peti sejuk dan satu unit televisyen berserta kabinet. 




Untuk pengetahuan umum, sebanyak 10 projek Rumah Idaman yang akan dilaksanakan di Selangor iaitu, Idaman BSP, Idaman Melur, Idaman Cahaya, Idaman Kita, Idaman Perdana, Idaman Sari, Idaman Jelutong, Idaman Elmina 4, Idaman Elmina 5 dan Idaman Elmina 12.


Bagi orang awam yang berminat untuk mengetahui maklumat lebih lanjut berhubung proses permohonan Rumah Idaman, boleh melayari laman rasmi Platform Selangor (PLATS). 


Sumber: rnggt.com



source https://www.thereporter.my/2022/04/selangor-lancar-projek-rumah-mampu.html
Previous
Next Post »