'Nak buat prank pun jangan sampai pegang tangan bini orang' - Netizen tegur YouTuber buat content sampah



Demi meraih views, followers dan kemahsyuran di media sosial, ada sesetengah content creator yang sanggup melakukan prank melampaui batas biarpun terpaksa menampakkan diri itu kurang cerdik di mata penonton. 


Baru-baru ini, seorang YouTuber melakukan prank memegang tangan wanita lain yang sedang berjalan dengan suaminya, mengundang pelbagai reaksi negatif netizen yang mengecam YouTuber terbabit. 


Izuan Razali yang sebelum ini sering dikecam dengan videonya secara tiba-tiba menjerit/membentak di kedai makan hanya kerana mahu memuji makanan yang dijual itu sedap, memuat naik video prank terbarunya yang membabitkan perbuatan memegang tangan wanita lain. 


Dalam video itu yang disertakan dengan kapsyen "New Prank", suami kepada wanita berkenaan dilihat bengang dengan tindakan Izuan dan nyaris tercetus pergaduhan di antara mereka. 


@izuan_razali New Prank 🔐🔐🔐 #izuanrazali #fyp ♬ original sound - Izuan Razali


Di ruangan komen, netizen menegur perbuatannya yang suka melakukan sesuatu yang di luar batasan akan menerima padah di kemudian hari.


"Macam-macam hal dah mamat ni. Mendapat kau nanti. Carilah konten elok sikit," kata Abe Chik. 


"Jangan main prank-prank bro. Kena shoot, tak jadi beraya kau nanti," kata Zam. 


Sedar dirinya dikecam teruk, Izuan tampil memberi penjelasan bahawa video itu hanyalah lakonan drama pendek, drama prank sahaja. 


"Saya nak beritahu dan bersumpah, saya tak pegang tangan isteri orang. Astaghfirullahalazim, apa yang korang komen ini semua. Korang tahu tak, video itu cuma lakonan sahaja. Video lakonan pendek saja," jelasnya ringkas sambil dicucuri air mata. 


Bagaimanapun, netizen juga menganggap drama tangisan air matanya itu juga hanyalah lakonan semata-mata. 


"Buat, minta maaf. Kemudian buat lagi, minta maaf lagi dan begitulah seterusnya kehidupan content creator macam ni. Air mata tu pun entah-entah tak betul. Buatlah video yang mendatangkan kebaikan, bukannya buat video yang mengundang fitnah," kata netizen.



source https://www.thereporter.my/2022/04/nak-buat-prank-pun-jangan-sampai-pegang.html
Previous
Next Post »