'Aku tunggu Burger King pecat staff dia yang sebar video ni demi content di TikTok' - Netizen



Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di mana-mana premis perniagaan adalah sulit dan kakitangan tidak dibenarkan memuat naik video tersebut tanpa sebarang sebab yang kukuh. Tetapi seorang kakitangan di sebuah restoran makanan segera, tidak mengendahkan peraturan itu dan selamba memuat naik video tersebut yang menunjukkan tiga pelanggan wanita sedang makan di premis mereka. 


Pengguna TikTok 'Anak Penyu' memuat naik video tersebut yang menunjukkan tiga pelanggan wanita beragama Islam sedang duduk makan di restoran tersebut dan mempertikaikan tindakan mereka yang dikatakan tidak menghormati orang lain yang sedang berpuasa. 


"Kepada tiga orang akak yang pakai tudung tadi, datang order nugget 9 pieces, cheezy fries, air mineral dan ice lemon tea, kemudian duduk makan kat situ, nak tanya. Tak ada rasa serba salah ke dengan customer lain yang berpuasa?" demikian kapsyen tertera dalam video tersebut.



Hasrat kakitangan Burger King berkongsi video tersebut untuk membuat teguran secara terbuka dan disokong netizen. Tetapi reaksi yang diterima ternyata berbeza apabila ramai yang mengecam tindakannya yang dikatakan telah mengaibkan tiga pelanggan wanita berkenaan. 


"Tiada isu untuk orang yang tidak wajib berpuasa, untuk makan di kedai. Tidak menjadi satu kesalahan dan tidak juga boleh dikategorikan sebagai tidak menghormati Ramadan. Tapi, tahu tak siapa yang tidak menghormati Ramadan? Orang yang menyebarkan video rakaman CCTV ini," kata Leica. 


"Bukan privacy ke CCTV company? Lagi satu, makan je kot? Kau macam first time pula puasa, menggelupur nampak orang makan. Lemah!" kata Rable. 


"Sebenarnya kan, aku menunggu Burger King mengambil tindakan terhadap staff ini (yang sebar video CCTV). Adakah staff ini memang dibenarkan untuk menyebarkan video rakaman CCTV ini demi content di TikTok?" soal Chubbb. 


ANAK PENYU TAMPIL MOHON MAAF, NETIZEN TETAP GESA PIHAK BURGER KING AMBIL TINDAKAN


Sedar dirinya dikecam, pemilik akaun TikTok berkenaan tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan mengakui apa yang dilakukannya itu adalah salah. 


"Saya minta maaf dengan video yang blow up baru-baru ini. Saya mengaku salah saya sebab record strangers tanpa izin melalui CCTV macam tu. 


"Terima kasih pada yang memberi teguran secara baik. Terima kasih juga kepada yang memaki hamun. Saya menerima semua itu dan jadikannya sebagai pengajaran agar lebih berhati-hati sebelum melakukan sesuatu. Maafkan saya," katanya.




Bagaimanapun, netizen khususnya golongan wanita mula menyuarakan rasa kurang selamat untuk berkunjung ke restoran tersebut dan menggesa pihak Burger King memecat kakitangan terbabit kerana tindakannya itu bukan sahaja melanggar privacy, malah mengaibkan pelanggannya di media sosial. 


"Burger King ni tak malu ke duk viralkan orang macam tu? Function untuk apa? Ambil iktibar gitu? Disgusting!" kata Szmy. 


"Tak issue dia, boleh ke rakam survellience CCTV dan exposed to public? Dan selepas ini aku akan rasa tak selamat makan di Burger King. Sebab tiba-tiba kang ada benda yang tak kena, instead of confront, staff dia exposed to public. I think Burger King dah kena take stren action," kata Suhaila. 


Sumber: Twitter Amyra Nadya



source https://www.thereporter.my/2022/04/aku-tunggu-burger-king-pecat-staff-dia.html
Previous
Next Post »