(Video) Vet basah kuyup dihujani cecair najis ketika merawat gajah sembelit


Viral di media sosial video seorang doktor haiwan dan dua pembantunya dihujani dengan najis gajah ketika merawat haiwan itu yang mengalami masalah sembelit, lapor Daily Mail. 


Dr. Tom, doktor haiwan di Chiang Mai, Thailand, basah kuyup selepas membuang kotoran yang terperangkap dalam saluran dubur haiwan tersebut yang boleh menyebabkannya maut sekiranya tidak dirawat. 


Difahamkan, Dr. Tom dan dua petugasnya telah dihubungi untuk datang ke Taman Alam di Chiang Mai, berikutan salah seekor gajah tua bernama Lana, mengalami masalah sembelit. 


Klip video menunjukkan bagaimana doktor bersama petugasnya memberi enema kepada haiwan berkenaan untuk membuang kotoran yang terperangkap sebelum dibasahi dengan najis gajah berkenaan. 


Meskipun doktor dan petugasnya memakai pakaian pelindung, namun ianya tidak berfungsi apabila cecair kotoran berwarna coklat itu keluar dari dubur haiwan tersebut menyembur tepat ke arah mereka. 


Situasi itu membuatkan dua petugas berkenaan ketawa, Dr. Tom terpaksa mencuci cecair kotoran itu dari matanya dalam video yang ditonton lebih dari 45,000 tonton sejak dimuat naik ke Instagram. 



Walaupun ada yang merasa jijik dan loya melihat video tersebut, ramai yang memuji usaha doktor itu untuk membantu gajah berkenaan. Selepas rawatan itu, Lana dikatakan kelihatan lebih lega. - Agensi



source https://www.thereporter.my/2020/12/video-vet-basah-kuyup-dihujani-cecair.html
Previous
Next Post »