Photographer didenda RM2,500 kerana memiliki video lucah kenalan wanitanya warga Perancis


Seorang jurugambar sambilan didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana memiliki video lucah kenalan wanitanya seorang warganegara Perancis di dalam telefon bimbit, tahun lalu.


Majistret M. Saravanan menjatuhkan hukuman itu selepas Muhamad Danish Abdul Rahim, 23, yang mengaku bersalah atas pertuduhan itu dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara selama tiga bulan sekiranya gagal membayar denda.


Tertuduh didakwa memiliki satu video lucah di dalam telefon bimbit miliknya di sebuah kondominium di Taman Sri Endah, Cheras di sini pada 2 pagi 2 Oktober 2019.


Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Lim Chooi Yi memohon hukuman setimpal kerana tindakan tertuduh mengaibkan mangsa.


"Mahkamah perlu mengambil kira video itu telah tersebar di dalam laman sesawang lucah," katanya.


Muhamad Danish, yang tidak diwakili peguam, merayu hukuman ringan atas alasan dia menanggung ibu bapanya dan memohon maaf serta menyesal dengan kesalahan yang telah dilakukan.


Sumber: Bernama



source https://www.thereporter.my/2020/12/photographer-didenda-rm2500-kerana.html
Previous
Next Post »