Pengetua rogol pelajar di pejabatnya di Machang, didakwa dengan 6 pertuduhan di mahkamah


Seorang pengetua sekolah didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu semalam atas enam pertuduhan iaitu mencabul, merogol dan melakukan seks oral terhadap pelajarnya dari Januari 2018 hingga September 2020. 


Namun, tertuduh, Mazlelee Mustafa, 45, membuat pengakuan tidak bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin, dan meminta untuk dibicarakan. 


Berdasarkan pertuduhan pertama dan kedua, Mazlelee didakwa menyentuh badan dan merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di pejabatnya di Machang pada jam 10 pagi, 26 Januari 2018. 


Bagi pertuduhan ketiga, Mazlelee didakwa merogol mangsa yang sama di lokasi yang sama pada jam 10 pagi, 23 Februari 2019.


Pertuduhan keempat pula, Mazlelee didakwa dengan maksud seksual menyebabkan mangsa melakukan seks oral dalam kereta Honda BRV antara jam 9.30 malam hingga 11.30 malam di tepi Jalan Machang-Kuala Krai pada 22 Februari 2020. 


Pertuduhan kelima, Mazlelee didakwa melakukan perbuatan yang sama di pejabatnya pada jam 10.30 pagi 22 Ogos 2020 dan pertuduhan terakhir, tertuduh dengan maksud seksual menyentuh kemaluan mangsa pada 15 September 2020. 


Untuk pertuduhan pertama dan keenam, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 14 Akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebat jika disabit kesalahan. 


Bagi pertuduhan keempat dan kelima, tertuduh didakwa mengiktu Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 14 Akta sama, jika sabit kesalahn boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan. 


Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falenna Abu Bakar, manakala tertuduh diwakili peguam, Wan Fadzil Wan Omar. 


Hajarul memohon tiada sebarang jaminan ditetapkan untuk tertuduh. Wan Fadzil dalam rayuannya memohon mahkamah menetapkan ikat jamin sebanyak RM5,000 bagi setiap pertuduhan. 


Mahkamah kemudian menetapkan ikat jamin sebanyak RM35,000 dengan seorang penjamin bagi enam pertuduhan. Tertuduh memilih untuk membayar ikat jamin yang ditetapkan. 


Mahkamah menetapkan 24 Januari 2021 untuk sebutan semula kes dan laporan perubatan. 


Sumber: Harian Metro



source https://www.thereporter.my/2020/12/pengetua-rogol-pelajar-di-pejabatnya-di.html
Previous
Next Post »