'Ok la tu, naik podium' - 3 mat rempit ditahan selepas video viral di media sosial


Tiga lelaki yang ditahan polis selepas video mereka melakukan aksi berbahaya ketika menunggang motosikal di Kilometer 210 Lebuhraya Utara Selatan, viral di media sosial. 


Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, tiga suspek berusia 19 dan 20 tahun itu ditahan pada jam 12.50 tengah malam Sabtu, 26 Disember 2020. 


Ketiga-tiganya berjaya ditahan selepas anggota dan pegawai dari Unit Risikan dan Operasi JSPT Bukit Aman melakukan risikan. 


Dalam video viral berdurasi 38 saat itu menunjukkan, sekumpulan penunggang motosikal berlumba sesama sendiri, menundukkan badan dan melakukan aksi zig-zag. 


Salah seorang suspek yang dikenal pasti dalam video itu menetap di Taman Puchong Perdana dan ditahan sebelum dua lagi rakannya turut ditahan. 


Ketiga-tiga suspek bersama motosikal mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk tindakan lanjut. Polis turut mengeluarkan notis saman atas pelbagai kesalahan terhadap suspek. 


Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana menunggang motosikal secara melulu. 



Sumber: Harian Metro



source https://www.thereporter.my/2020/12/ok-la-tu-naik-podium-3-mat-rempit.html
Previous
Next Post »