'Itik' ragut telefon bimbit ditahan


Seorang lelaki tempatan yang dikenali dengan gelaran 'Itik' terbabit dalam kes ragut telefon bimbit di sebuah stesen minyak di Petaling Jaya pada 27 Oktober lalu ditahan polis. 


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, mangsa yang juga pegawai eksekutif syarikat swasta berusia 31 tahun terdahulu membuat laporan polis mengenai kejadian ragut itu yang berlaku pada jam 12.15 tengah hari. 


Bertindak di atas laporan itu, polis menjalankan siasatan sebelum membuat serbuan (Op Rentap) di sebuah rumah di Taman Medan Chaya, Petaling Jaya, berjaya menahan 'Itik' yang berusia 33 tahun itu.


Dalam keterangan awal, suspek mengaku melakukan jenayah itu secara bersendirian terhadap mangsa. Telefon bimbit yang dicuri itu kemudian dijual kepada kepada rakannya yang bernama Azri. 


Azri juga dilaporkan telah ditahan polis pada 28 November lalu untuk membantu siasatan. 


Semakan turut mendapati suspek memilik lima rekod jenayah dan dadah. 


Polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut terhadap suspek yang berkemungkinan terbabit dalam kes jenayah lain terutamanya yang berkaitan kes ragut atau samun di daerah tersebut. 


Suspek direman selama seminggu dan disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan. 


Sumber: Harian Metro



source https://www.thereporter.my/2020/12/itik-ragut-telefon-bimbit-ditahan.html
Previous
Next Post »