Haiwan dipukul sampai mati, dicekik, dikurung dalam sangkar kecil untuk makanan & hiburan manusia


Pelbagai spesis haiwan disembelih, dipukul dengan kejam dan dikurung dalam sangkar kecil semata-mata untuk dijadikan sebagai hiburan dan makanan untuk manusia yang menggemari makanan eksotik dalam siri gambar terbaru yang menggambarkan betapa kejamnya manusia terhadap haiwan.


Gambar-gambar tersebut dikatakan dirakam dari pelbagai tempat di seluruh dunia termasuk China. Haiwan-haiwan itu diperlakukan sedemikian untuk dimakan, selain digunakan bagi tujuan upacara agama, hiburan dan banyak lagi. 


Antara gambar-gambar itu juga terdapat gambar yang menunjukkan anjing dikurung dalam sangka dipaksa melihat anjing lain dibunuh, dilapah dan dimasak di hadapan mereka di Kemboja. 


Gambar yang lain pula menunjukkan sangkar itik dan angsa dipaksa makan oleh pekerja, selain haiwan seperti beruang dan monyet dipaksa melakukan persembahan untuk menghiburkan penonton. 


Difahamkan, gambar-gambar kekejaman itu dirakam oleh jurugambar Jo-Anne McArthur dari Kanada, yang juga merupakan aktivis hak asasi haiwan, yang diterbitkan dalam bukunya yang memaparkan kekejaman manusia terhadap haiwan. 


Jo-Anne berharap, pembaca bukunya akan mengambil insiatif untuk berubah selepas melihat gambar-gambar tersebut. 


Sumber: Daily Mail



source https://www.thereporter.my/2020/12/haiwan-dipukul-sampai-mati-dicekik.html
Previous
Next Post »