'Paling ngeri masa nak check out' - Suami isteri terkejut dengan kualiti hotel acah luxury ini, siap nak denda beratus ringgit!


Para pengguna seringkali dinasihatkan untuk memeriksa maklumbalas pelanggan sebelum menggunakan sesebuah perkhidmatan itu. Ini bagi mengelakkan anda juga menerima nasib yang sama sekiranya sesebuah perkhidmatan itu tidak memuaskan. 


Baru-baru ini, seorang wanita tampil berkongsi mengenai pengalamannya menginap di sebuah hotel di Kuala Lumpur yang dianggapnya tidak bersih dan layanan yang diberikan juga amat mengerikan. 


Baca perkongsian di bawah dan kongsikan pandangan anda di ruangan komen. 


SAYA dan suami menginap di hotel ini sekitar Februari, tetapi baru hari ini berkesempatan untuk berkongsi mengenainya. Memandangkan tagline hotel ini 'luxury', maka harapan kami juga adalah tinggi. Namun harapan itu hancur musnah apabila kami melangkah masuk. 


Seawal check in lagi, kami telah diberi peringatan untuk tidak mengapa-apakan barang hotel ini atau berdepan dengan denda yang menanti. Ternganga kami mendengarnya. Awal-awal lagi dah bagi bad impression. 


Masuk ke bilik, tengok-tengok bilik berhabuk dan tak berapa bersih. Baca di Google Review pun, ramai yang mengadu mengenai tahap kebersihannya. 


Keesokan harinya, masa nak breakfast pun adalah ala kadar. Baca review lain, siap ada nampak lipas berlari kat makanan. Kalau berlaku di depan saya, boleh muntah terus kot. 


Selepas selesai breakfast, ingatkan nak pergi mandi di kolam. Bila pergi, tu diaaa! Air kolam berminyak, geli! Dinding kolam pula siap merekah, jem! Tak ada selera terus. 


Balik semula ke bilik. Ketika tengah duduk berehat, kami menerima panggilan peringatan untuk check out pada jam 12 tengah hari. Tak sabar betul nak menghalau pelanggan. 


Ingatkan sampai situ je mimpi ngeri, rupa-rupanya paling ngeri semasa nak check out. Kami diminta menunggu sebentar, rupa-rupanya mereka nak periksa bilik. 


Selepas sekian lama menunggu, kami dipanggil datang ke kaunter. Dengan muka serius tanpa sebarang senyuman, cadar bilik ditebarkan di atas meja kaunter, di hadapan pelanggan lain. 


Ada sedikit kotoran, rupa-rupanya tercalit di cadar. Rajin pula dia periksa cadar itu ye? Betul-betul teliti dia periksa. Kami kemudian diminta untuk membayar denda ratusan ringgit sebagai ganti rugi. Suami saya mula bertekak mempertahankan hak kami sebagai pelanggan. Selama ini, hotel jauh lagi hebat kami inap pun tak pernah buat begini. 


Kami enggan membayar, pihak hotel pula menyuruh kami membawa cadar tersebut pergi ke dobi untuk dibasuh dan dikembalikan. Ah sudah! Celah mana pula nak mencari dobi di Kuala Lumpur? Kami bukannya orang sini, mana tahu. Menyusahkan! 


Akhirnya kami bawa cadar ke bilik air lobi hotel untuk dibasuh sendiri. Sekejap saja kotoran itu dapat dihilangkan. Memang tak berbaloi nak kena pergi ke dobi. Apatah lagi membayar denda ratusan ringgit untuk secalit kotoran itu. Mujur masih ada akal, nak basuh sendiri. 


Selesai membasuh, bawa balik cadar dan diserahkan di kaunter. Ingatkan dah selesai, ditunjuk pula tuala yang diambil dari bilik hotel, ada kesan lipstick. Mungkin saya tak sedar masa lap muka.


Mereka nak denda lagi, apa lagi suami saya jadi rimau. Bila keadaan kelihatan semakin tegang, seorang staf yang agak baik cuba memujuk kami dan berkata, biarkan dia basuh dan tinggalkan sahaja tuala itu. Dia juga sempat mengadu yang dia juga tidak tahan bila setiap hari terpaksa menghadap benda yang sama. 


Dari situ boleh nampak yang staf mereka sendiri juga tidak suka berdepan dengan situasi seperti itu tetapi terpaksa sebab kerja. Apatah lagi kalau pelanggan, kan? 


Walaupun ngeri, saya masih tak sampai hati nak reveal hotel ini. Tetapi kalau ada banyak permintaan, saya akan beritahu. Semoga orang lain tidak terkena seperti kami. 


Dalam gambar itu, staf tengah spotcheck cadar pelanggan lain pula. Bukan kami saja yang terkena tau. Ini bukan hotel luxury betul, tetapi acah-acah nak luxury. Silap saya tak baca review dulu sebelum book sebab nak cepat. Saya baca selepas terkena, rajin-rajinlah membaca review dulu ye. Hahaha! 



Sumber: Pakej Percutian



source https://www.thereporter.my/2020/12/paling-ngeri-masa-nak-check-out-suami.html
Previous
Next Post »