'Habislah takde hadiah' - Santa kemalangan, tersangkut di kabel elektrik


Santa Claus yang sedang dalam perjalanan menghantar gula-gula kepada kanak-kanak dilaporkan terbabit dalam kemalangan dan tersangkut di kabel elektrik. 


Mangsa yang hanya dikenali sebagai Encik Santa itu lengkap berpakaian santa menaiki kenderaan buatan sendiri dikatakan sedang dalam perjalanan untuk memberi gula-gula kepada kanak-kanak di Rio Linda, California pada Ahad, 20 Disember 2020. 


Pasukan peronda lebuh raya yang ternampak kejadian itu segera menghubungi pasukan bomba untuk menyelamatkan Encik Santa. 


Menurut Kapten Chris Vestal dari Bomba Daerah Sacramento Metropolitan berkata, pihaknya menggunakan peralatan khas termasuk beberapa jentera untuk menurunkan mangsa. 


Kejadian itu menyebabkan kira-kira 200 buah rumah di kawasan itu terputus bekalan elektrik seketika di mana bekalan elektrik dimatikan untuk membolehkan bomba menyelamatkan mangsa. 


Ramai pengguna jalan raya berhenti melihat kejadian itu. 



"Walaupun juruterbang mengalami kemalangan, dia sebenarnya sedang melakukan sesuatu yang sangat baik untuk masyarkat. Perayaan krismas akan tetap diteruskan. Krismas tidak akan dibatalkan hanya disebabkan insiden ini," katanya. 


Sumber: Daily Star



source https://www.thereporter.my/2020/12/habislah-takde-hadiah-santa-kemalangan.html
Previous
Next Post »