'Dasar kunyit!' - Guru pondok ditahan polis kerana cabul ahli perniagaan lelaki


Polis menahan seorang guru pondok yang dipercayai telah mencabul ahli perniagaan lelaki di sebuah bilik hotel di jalan Pantai Cahaya Bulan. 


Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, suspek berusia 32 tahun itu ditahan pada jam 3 petang semalam di pondok tempatnya mengajar.


Difahamkan, mangsa berusia 30 tahun itu keluar minum bersama dengan suspek yang baru dikenalinya dua hari, menaiki kereta suspek pada malam kelmarin. Kira-kira jam 1.15 pagi, suspek menghantar mangsa ke sebuah bilik hotel. 


Ketika berada di dalam hotel, suspek bertindak mencabul mangsa dengan mencium pipi dan meraba kemaluan ahli perniagaan itu, selain menggesel kemaluannya pada paha mangsa. 


Tidak puas hati diperlakukan seperti itu, mangsa terus membuat laporan polis dan dihantar ke hospital untuk menjalani pemeriksaan. 


Suspek ditahan selama empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan. 


Sumber: Harian Metro



source https://www.thereporter.my/2020/12/guru-pondok-ditahan-polis-kerana-cabul.html
Previous
Next Post »