Anggota polis rayu permohonan cuti diluluskan, guna alasan telah diugut bini


Seorang anggota polis India di Bhopal, Madhya Pradesh telah mengisi borang permohonan cuti dengan alasan yang unik membuatkan pegawai atasannya terkejut. 


Konstabel Dilip Kumar Ahirwar membuat permohonan cuti itu pada 7 Disember 2020, meminta pegawai atasannya, Timbalan Ketua Polis Wilayah Bhopal, meluluskan permohonan cuti bagi menghadiri majlis perkahwinan adik iparnya. 


Difahamkan, majlis perkahwinan itu dijadualkan berlangsung pada 11 Disember dan Dilip memohon cuti selama lima hari. 


Dalam borang permohonan itu, Dilip juga menyertakan alasan bahawa dia telah diancam oleh isterinya sekiranya tidak menghadiri majlis perkahwinan adik iparnya itu. 


"Isteri kata kalau saya tidak hadir ke majlis perkahwinan adiknya, saya akan terima akibatnya. Dia telah mengugut saya jika saya tidak hadir ke majlis perkahwinan yang dijadualkan berlangsung pada 11 Disember."



Borang permohonan cuti itu kemudian viral di media sosial dan mengundang banyak reaksi netizen. Ada yang bersimpati, tidak kurang juga menjadikannya sebagai bahan gelak ketawa.


Susulan viral itu, anggota polis berkenaan telah dikenakan tindakan tatatertib. Dilip ditukarkan ke jabatan lain kerana memohon cuti dengan cara yang tidak sesuai dan membiarkan borang itu tersebar di media sosial.


Menurut jabatan polis, anggota bawahannya seringkali menggunakan pelbagai muslihat untuk memohon cuti tetapi dalam kes ini, agak berlainan dari yang biasa.


Sumber: Desiblitz, Harian Metro



source https://www.thereporter.my/2020/12/anggota-polis-rayu-permohonan-cuti.html
Previous
Next Post »