Bapa tiri beri anak makan dadah, dera secara seksual sebelum dipukul sampai mati


Kejam! Seorang lelaki didakwa di mahkamah kerana memberi dadah kepada anak tirinya berusia dua tahun sebelum didera secara seksual dan dipukul sehingga mati. 


Dennis Kunert, 30, didakwa memberi mangsa crystal meth lima kali ganda lebih tinggi daripada jumlah yang selamat untuk orang dewasa. Tertuduh juga didakwa melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak lelaki itu selama beberapa hari yang turut dirakam dengan telefon bimbit. 


Kunert yang mengaku tidak bersalah itu juga didakwa memukul mangsa sampai mati untuk menutup perbuatannya yang melaku penderaan seksual itu dalam kejadian yang berlaku di rumah keluarga berkenaan di Querfurt, Jerman. 


Ibu mangsa yang dikenali sebagai Uta F, 36, juga dituduh bersubahat kerana tidak mengambil sebarang tindakan untuk menghalang suaminya dari berbuat demikian. 


Menurut laporan, Uta menangis ketika dia dibawa ke kandang tertuduh, mengaku tidak bersalah dan mendakwa dia tidak menyedari perbuatan pasangannya terhadap mangsa. Dia juga memberitahu Kunert memukul anaknya secara berterusan sehingga tidak bernyawa. 


Setelah itu, Kunert meletakkan mayat mangsa di dalam buaian dan meninggalkannya di situ untuk dicara oleh ibunya. 


Pendakwa Raya Hendrik Weber berkata, mangsa hanya ditemui pada keesokan hari oleh Uta yang terus menghubungi talian kecemasan untuk datang ke lokasi kejadian. 


Weber menyifatkan serangan Kunert itu sangat brutal dan motif tertuduh berbuat demikian adalah kerana mahu melakukan penderaan seksual terhadap mangsa. Bedah siasat juga mendapati mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan dalaman, termasuk patah tulang rusuk. 


Menurut polis, ketika ditahan, Kunert ditemui terbaring di atas katil dalam keadaan tidur kerana mabuk selepas minum arak pada hari sebelumnya. 


Wartawan Jerman, Frank Vacik berkata, "Saya tidak pernah melihat kertas pertuduhan yang mengejutkan ini. Saya benar-benar terkejut dengan kandungannya. Apa yang dilalui oleh anak kecil ini tidak dapat dibayangkan".


Sumber: Daily Star



source https://www.thereporter.my/2020/12/bapa-tiri-beri-anak-makan-dadah-dera.html
Previous
Next Post »