Anjing gigit, robek kemaluan lelaki yang sedang berbual dengan jiran


Alat kemaluan seorang lelaki telah dirobek seekor anjing gila ketika dia sedang asyik berbual dengan salah seorang jirannya. 


Mangsa yang dikenali sebagai Neily mengalami kecederaan parah akibat serangan anjing gila itu di kawasan kejiranan Stony Hill di Jamaica, dikejarkan ke hospital.


Difahamkan, Neily sebelum itu sedang berbual dengan jiran wanita di pintu pagar sebelum anjing itu datang menghampirinya pada Sabtu, 12 Disember 2020. 


Berkata kepada The Weekend Star, Neily menjelaskan, "Anjing itu menggigit saya. Anjing itu masukkan mulutnya di celah pagar lalu menggigit alat kemaluan saya yang berhampiran dengan pintu pagar,". 


Mangsa meraung kesakitan selepas kejadian itu sebelum dibawa ke Klinik Stony Hill untuk mendapatkan rawatan. 


"Jururawat dah rawat dan kurangkan kesakitan. Kejadian itu membuatkan saya takut dan tidak akan mendekati anjing lagi," katanya. 


Difahamkan, anjing berkenaan pernah menyerang beberapa individu tetapi belum pernah lagi melakukan serangan berdarah seperti itu. Namun, mangsa bersyukur, alat kemaluannya dapat diselamatkan. 


Neily juga tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik anjing berkenaan kerana mereka membawanya ke klinik untuk mendapatkan rawatan serta membiayai kos perubatan. 


Sementara itu, pihak polis Stony Hill mengambil maklum mengenai kejadian itu dan tiada tindakan diambil kerana mangsa tidak membuat laporan polis. - Agensi



source https://www.thereporter.my/2020/12/anjing-gigit-robek-kemaluan-lelaki-yang.html
Previous
Next Post »