'Tertuduh paksa 2 mangsa hisap...' - 2 anggota polis peras ugut, paksa pasangan kekasih lakukan seks oral didakwa di mahkamah


Dua anggota polis yang dituduh memeras, mengugut dan memaksa pasangan kekasih melakukan seks oral di Pengkalan Chepa baru-baru ini, didakwa di Mahakamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan. 


Tertuduh, Mohd Hanafi Mohd Zaki, 35, dan Mohammad Izauddin Abd Wahab, 30, didakwa secara bersama bagi tiga pertuduhan dan masing-masing dua dan tiga tuduhan secara berasingan. 


Kedua tertuduh bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah terhadap semua pertuduhan setelah pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Baharuddin, dan mereka meminta untuk dibicarakan.


Dalam pertuduhan bersama pertama, kedua tertuduh didakwa mengarahkan mangsa lelaki berusia 30 tahun, menghisap payudara mangsa wanita berusia 30 tahun di kawasan kilang terbiar di Padang Tembak, Pengkalan Chepa pada 4 Disember lalu kira-kira jam 10.45 malam hingga 12 tengah malam. 


Pertuduhan kedua dan ketiga, kedua tertuduh didakwa mengarahkan mangsa wanita menghisap kemaluan mangsa lelaki, selain memeras ugut wang sebanyak RM1,250 sebagai dorongan mangsa tidak dirujuk kepada pejabat agama. 


Untuk tiga pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun jika sabit kesalahan dan Seksyen 384 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan. 


Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Negeri, Nor Azlinawati Mohd Arshad, menakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Mohd Firdaus Zainal Abidin dan Majdah Mohamad. 


Dalam dua tuduhan berasingan, Mohd Hanafi didakwa mencabul mangsa wanita di dalam sebuah kereta Honda Civic di Jalan Padang Tembak, Kota Bharu. 


Pertuduhan kedua, Mohd Hanafi didakwa mengarahkan mangsa lelaki menanggalkan pakaian sehingga bogel dengan maksud mengaibkan kehormatan mangsa. 


Manakala, Mohammad Izauddin pula didakwa mencederakan mangsa lelaki dengan menumbuk belakang telinga kiri sehingga lebam, selain mengarahkan mangsa wanita menanggalkan pakaian sehingga bogel dengan niat untuk mengaibkan kehormatan serta melakukan persetubuhan luar tabii dengan mangsa wanita. 


Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Jambatan Pak Nik Lah dan tempat letak kereta di sebuah masjid Padang Tembak. 


Mahkamah menawarkan jaminan sebanyak RM20,000 kepada Mohd Hanafi dan RM30,000 kepada Mohammad Izauddin dengan empat penjamin setiap seorang. Tarikh sebutan semula kes adalah pada 17 Januari 2021. 


Sumber: MalaysiaKini



source https://www.thereporter.my/2020/12/tertuduh-paksa-2-mangsa-hisap-2-anggota.html
Previous
Next Post »