Xiaomi Mi Watch adalah jam tangan pintar sebenar Xiaomi yang pertama. Ia menjalankan Wear OS dengan antaramuka MIUI for Watch. Mi Watch menggunakan skrin empat segi mirip Apple Watch dan dijual pada harga yang agak mahal. Kemudian, di laman biayasama mereka Youpin – Mi Watch Forbidden City dilancarkan dengan rekaan skrin bulat tetapi dijana Snapdragon Wear 2100 dan bukannya Snapdragon Wear 3100. Harga pula adalah lebih murah, iaitu sekitar RM767 sahaja.
Model ketiga adalah Mi Watch Color, yang telah pun kami laporkan minggu lepas. Hari ini, harga dan beberapa spesifikasi asas Mi Watch Color telah pun hadir di Internet. Skrin yang digunakan adalah 1.39-inci AMOLED dengan ketahanan bateri sehingga 14 hari. Ia juga hadir dengan sokongan NFC, pengimbas nadi, mod sukan Firstbeat, Bluetooth 5.0 BLE, bateri 420mAh dan perlindungan kalis air 5ATM. Sayang sekali, cip pemprosesan tidak diberitahu. Apa yang menarik adalah harga jualannya. Di poster rasmi Xiaomi, ia memaparkan harga 799 Yuan iaitu sekitar RM468 sahaja. Secara tidak langsung Mi Watch Color adalah jam tangan Wear OS paling murah setakat ini.