Huawei P40 Berkemungkinan Besar Akan Dilancarkan Pada Harga Lebih Rendah Berbanding P30

https://ift.tt/371u8lL

Huawei akan melancarkan peranti siri P40 mereka pada bulan Mac kelak di Paris. Rekaan P40 dan P40 Pro telahpun tertiris ke arena menunjukkan penggunaan mekanisme periskop pada peranti versi premium. Dari apa yang boleh dilihat sejak pengenalan asal siri P, harga jualan peranti Huawei meningkat tahun demi tahun. Tetapi pada P40 kelak sebaliknya pula mungkin berlaku.

Harga jualan yang lebih rendah ini adalah kerana Huawei tidak lagi perlu membayar $40 (~RM160) untuk menggunakan lesen GApps kepada Google. Penurunan harga juga mungkin ditawarkan bagi menjadikan peranti lebih kompetitif di pasaran luar China sekaligus menggalakkan pengguna mencuba ekosistem HMS Huawei pula.

Seperti yang dapat dilihat tahun lalu, Huawei mengurangkan harga jualan peranti mereka selepas dihalang berurusniaga dengan syarikat yang berpangkalan di A.S. Persoalannya ialah adalah harga jualan yang lebih mampu milik dapat menarik minat pengguna untuk terus memberikan sokongan kepada Huawei.

Previous
Next Post »