Huawei Nova 7i Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 14 Februari 2020

https://ift.tt/2vtqZgJ

Huawei Malaysia hari ini telah mengumumkan yang mana mereka akan menawarkan telefon pintar terbaru mereka dibawah siri Nova, iaitu Huawei Nova 7i pada 14 Februari 2020 kelak.

Siri Huawei Nova memfokuskan kepada keupayaan selfie yang dibawakan olehnya, dan melalui siri terbaru ini, ia turut memfokuskan kepada rakaman video menggunakan kamera swafoto. Antaranya termasuk penyertaan pelbagai kesan penuras khas, pelekat dan kesan khas. Ini sekaligus memudahkan lagi proses perkongsian ke laman sosial seperti TikTok dan Instagram.

Huawei Nova 7i

Pada masa yang sama, Huawei Nova 7i turut menyertakan ciri panggilan video yang dinamakan MeeTime – dimana ia menawarkan kualiti panggilan video yang lebih melaluinya.

Huawei Nova 7i hadir dengan skrin 6.4-inci, dilengkapi cip Kirin 810, memori 8GB RAM, dan storan 128GB. Melengkapkan ia juga adalah empat kamera belakang 48-megapixel, selain bateri berkapasiti 4200mAh. Huawei turut menyertakan sokongan pengecasan pantas 40W bersama dengannya.

Harga jualannya masih belum diumumkan lagi, dan Huawei Malaysia dijangka mengumumkannya pada 14 Februari 2020 kelak.

Previous
Next Post »