Apple Melaporkan Perolehan $91.8 Bilion Pada Suku Fiskal Pertama 2020 – Tertinggi Dalam Sejarah

https://ift.tt/36wITw0

Apple ialah syarikat teknologi pertama yang mencapai nilai pasaran $1 trilion tahun lalu. Hari ini mereka mengumumkan laporan kewangan untuk suku fiskal pertama 2020 (bersamaan suku keempat tahun 2o19) dan syarikat dari Cupertino ini mencatatkan perolehan $91.8 bilion (~RM374.5 bilion). Ini adalah perolehan tertinggi pada suku yang tertinggi dalam sejarah pernah dicatatkan Apple.

Perolehan suku pertama fiskal 202o ini adalah lebih tinggi berbanding suku yang sama tahun lalu. Jualan iPhone masih lagi mendominasi dengan menyumbang 61% ($55.967 bilion)  keseluruhan perolehan, diikuti oleh perkhidmatan (14%), Peranti boleh-pakai, aksesori serta rumah 11%, Mac (8%)  dan iPad (7%). Perolehan dari iPhone, perkhidmatan dan peranti boleh-pakai, aksesori serta rumah menunjukkan peningkatan. Sebaliknya pula berlaku pada Mac dan iPad.

Apple tidak lagi berkongsi jumlah jualan iPhone sejak beberapa suku yang lalu. Tetapi beberapa penganalisa mengatakan majoriti telefon pintar yang dijual Apple pada suku lalu ialah iPhone 11.

Pada waktu yang sama Tim Cook berkata Apple masih mempunyai masalah memenuhi permintaan pasaran untuk AirPods dan wabak koronavirus Wuhan pada waktu ini masih belum mendatangkan kesan ke atas pengeluaran peranti mereka di China.

Previous
Next Post »