Imej Permukaan Matahari Beresolusi Paling Tinggi Berjaya Dirakam

https://ift.tt/31c2oZJ

Matahari terletak 147.35 juta kilometer dari bumi tetapi bahangnya masih boleh dirasai sehingga membakar kulit. Dari permukaan bumi, matahari kelihatan seperti sebuah bebola kuning. Tetapi saintis dari Teleskop Solar Daniel K. Inouye yang terletak di Hawaii telah berjaya merakam gambar serta video permukaan matahari pada resolusi tertinggi dalam sejarah manusia.

Video di atas menujukan permukaan matahari dengan keluasa 36,500 × 36,500 km persegi. Apa yang anda lihat ialah permukaan matahari yang dipenuhi dengan sel plasma. Plasma bergerak dari bahagian dalam ke permukaan matahari menerusi proses perolakan. Apabila tiba ke permukaan plasma mula menyejuk dan mula tenggelam semula. Setiap sel di dalam imej di atas mempunyai dua kali ganda luas permukaan negara kita Malaysia.

Suhu permukaan adalah sekitar 6,000 Kelvin dan adalah lebih sejuk berbanding bahagian korona yang boleh mencecah 1 juta Kelvin. Dengan imej beresolusi tinggi ini, saintis akan dapat mempelajari lebih banyak misteri mengenai matahari yang terletak di tengah-tengah sistem suria.

Antara yang kelak dapat dilakukan ialah melakukan ramalan bilakah ribut solar akan berlaku. Pada waktu ini ramalan dapat dilakukan 48 minit sebelum ia berlaku. Saintis percaya menerusi Teleskop Solar Daniel K. Inouye ramalan boleh dilakukan 48 jam sebelum berlaku. Ini adalah penting memandangkan ribut solar boleh mengakibatkan gangguan telekomunikasi dan bekalan elektrik di bumi.

Dalam masa lima tahun, jumlah data yang bakal dikumpul mengenai oleh Teleskop Solar Daniel K. Inouye adalah lebih besar berbanding kesemua data yang dikumpul sejak Galileo mula menghala teleskop ke matahari pada tahun 1612.

Previous
Next Post »