Tiada Mi Pad Atau Mi 10 Explorer Edition Tahun Ini, Xiaomi Akan Fokus Dengan Mi 10 Sahaja

https://ift.tt/3aOFUlW

Dua tahun lepas, peranti Xiaomi Mi 8 mengambil perhatian ramai kerana buat pertama kalinya Xiaomi hadir dengan pelbagai variasi peranti mercu. Paling menarik adalah, Mi 8 Explorer Edition yang mana panel belakangnya adalah lutsinar dan ia menyokong pengimbas cap jari bawah skrin. Begitu juga dengan Mi 9, yang hadir dengan lebih banyak variasi termasuk siri Mi 9T.

Berbeza untuk tahun ini, Xiaomi dikatakan hanya akan fokus dengan satu model iaitu Mi 10. Mereka dikatakan tidak akan hadir dengan Explorer Edition atau variasi murah yang lain. Malah, ada kemungkinan tahun ini akan tiada Mi 10 SE atau Mi 10T. Xiaomi juga tidak akan hadir dengan Mi Pad baharu, yang mana Mi Pad mereka adalah klon iPad. Mungkin Mi Pad tidak menerima sambutan yang baik, sehinggakan tiada perancangan untuk kemaskini MIUI 11 pada Mi Pad 4 dan Mi Pad 4 Plus yang dilancarkan pada 2018.

Bukan itu sahaja, sumber turut memberitahu yang Xiaomi Mi 10 tidak akan menggunakan skrin dengan resolusi 2K. Tetapi akan kekal dengan FHD+ seperti semua peranti mercu mereka yang lain. Ini adalah kerana, mungkin untuk menjimatkan kos dan harga jualan. Xiaomi Mi 10 akan dilancarkan pada penghujung Februari sebelum MWC Barcelona 2020.

Previous
Next Post »