Spesifikasi Xiaomi Mi 10 Pro Pula Tertiris, 16GB RAM, 5250mAh, Kuad-Kamera 108MP

https://ift.tt/2U6baac

Minggu lepas, imej sebenar yang dikatakan Xiaomi Mi 10 Pro 5G telah tertiris. Ia memperlihatkan rekaan peranti, pengecas 65W, dan juga kotak peranti ini. Xiaomi Mi 10 Pro dikatakan akan mempunyai kamera 108MP + 48MP + 12MP + 8MP, memori 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB.

Akan tetapi, spesifikasi yang terkini mendakwa perkara yang berbeza pula. Spesifikasi ini dari rakaman skrin Mi 10 Pro 5G yang menjalankan MIUI 11. Untuk kamera ia kekal sama, namun pada memori – ia memperlihatkan RAM sebesar 16GB. Secara tidak langsung adalah yang pertama dari Xiaomi dan jika ia dilancarkan terlebih dahulu akan menjadi pertama di dunia. Seterusnya adalah saiz skrin 6.4-inci sahaja dan akan kekal dengan 1080p seperti yang dilaporkan semalam.

Bateri pula adalah 5250mAh dan bukannya 4500mAh seperti yang dilaporkan sebelum ini. Disebabkan Xiaomi tidak merancang untuk hadir dengan model-model lain Mi 10, jadi ada kemungkinan beza spesifikasi ini adalah antara Mi 10 Pro biasa dan Mi 10 Pro 5G – atau juga beza antara model yang akan dijual mengikut negara. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.

Previous
Next Post »