UK Akan Menggunakan Kelengkapan 5G Huawei Walaupun Selepas Menerima Tekanan A.S

https://ift.tt/2talfIa

Huawei adalah antara syarikat yang mempunyai kepakaran telekomunikasi yang terbaik di dunia. Oleh sebab itu mereka juga antara yang terawal mempelopori teknologi 5G. Tetapi sejak setahun yang lalu negara seperti Amerika Syarikat dan Jepun telah bertindak mengharamkan kelengkapan 5G Huawei atas sebab keselamatan. Sungguhpun begitu ia tidak mengalang United Kingdom dari menggunakan teknologi 5G Huawei.

Huawei Mate 30 Pro 5GUK akan menggunakan teknologi 5G oleh Huawei dan ZTE dalam jumlah yang terhad pada waktu ini. Ia tidak akan digunakan sebagai kelengkapan teras untuk rangkaian 5G dan rangkaian gigabit. Kelengkapan telekomunikasi mereka juga tidak boleh digunakan di lokasi yang dikategorikan sebagai sensitif seperti pangkalan tentera dan stesen janakuasa elektrik. Penggunaan perkakasan juga dihadkan kepada 35% sahaja di kawasan yang dikategorikan sebagai tidak sensitif.

Keputusan UK untuk meneruskan penggunaan teknologi Huawei ini dilakukan walaupun selepas mereka menerima tekanan dari Amerika Syarikat. Huawei telah dituduh terlibat dalam intipan bagi pihak China yang menyebabkan kelengkapan mereka diharamkan di A.S. Huawei telahpun mengemukakan saman ke atas kerajaan A.S atas arahan pengharaman kerana mereka tidak dibenarkan membela diri.

Previous
Next Post »