IDC – Huawei Memintas Apple Dalam Pengeluaran Peranti Sepanjang 2019, Samsung Kekal Teratas

https://ift.tt/38YjgWs

Samsung, Apple dan Huawei ialah tiga pengeluar peranti terbesar pada tahun 2018. Tetapi menurut laporan terkini IDC, pada tahun 2019 Huawei akhirnya memintas Apple sebagai pengeluar peranti kedua terbesar. Samsung masih kekal di atas dengan Apple pula di tangga ketiga.

Samsung mengeluarkan 295.7 juta peranti dengan pegangan 21.6% pasaran dan bersamaan dengan peningkatan 1.2% berbanding 2018. Ini diikuti pula oleh Huawei (17.6%), Apple (12.9%), Xiaomi (9.2%) dan Oppo (8.3%). Kelima-lima pengeluar peranti terbesar kekal seperti tahun 2018.

Huawei menunjukkan peningkatan terbesar 16.8% diikuti pula oleh Xia0mi dengan 5.5%. Hanya Apple menunjukkan penyusutan pengeluaran -8.5% tetapi ia tidak mendatangkan impak negatif kepada perolehan Apple seperti yang diumumkan awal minggu ini.

Previous
Next Post »