Tahun lepas, kami telah melaporkan serba sedikit mengenai spesifikasi Oppo Find X2. Ia adalah peranti mercu Oppo tahun ini bagi menggantikan Oppo Find X. Ia dilaporkan akan dijana cip Snapdragon 865, lensa auto-fokus pantas dan skrin kadar segar semula yang tinggi.
OPPO Find X2 will use WQHD + 120Hz screen and 65W SuperVOOC charge. It is said that it only takes 35 minutes to fully charge.
— Ice universe (@UniverseIce) January 29, 2020
Selepas menjadikan Oppo Reno Ace sebagai tikus makmal mereka, Oppo kini bersedia dengan skrin kadar segar semula tinggi dan juga sistem pengecasan pantas SuperVOOC serba baharu. Info tertiris yang terkini adalah berkenaan skrin pada Oppo Find X2. Sumber menyatakan yang peranti ini akan menggunakan skrin kadar segar semula tinggi 120Hz dengan resolusi WQHD+. Untuk sistem pengecasan pantas SuperVOOC pula, Oppo dikatakan akan menggunakan kuasa 65W dengan masa pengecasan hanya 35 minit.
Sedikit pelik di sini, kenapa kuasa yang lebih tinggi dari Oppo Reno Ace (60W) dan Realme X2 Pro (50W) – tetapi masa pengecasan pantas adalah 35 minit. Sedangkan dua peranti tadi adalah 30 minit sahaja. Ada kemungkinan besar, saiz bateri adalah lebih besar. Info ini bukan sekadar tertiris, tetapi adalah spesifikasi yang benar-benar akan digunakan pada Oppo Find X2. Ini kerana, spesifikasi peranti ini telah difailkan di NBTC di Thailand. Info lanjut hanya kita akan tahu akan datang, oleh yang demikian sama-sama kita nantikan teruskan ikuti berita harian di Amanz.