Hummer Akan Dilancarkan Semula Sebagai Sebuah Kereta Elektrik

https://ift.tt/2GGqCSk

Hummer ialah kenderaan medan perang yang kemudiannya mula digunakan oleh orang awam. Arnold Schwarzenegger ialah pengguna Hummer awam pertama dan kereta ini menjadi pilihan mereka yang ingin mempunyai imej tahan lasak. Malangnya kereta ini mempunyai turut mempunyai imej perosak alam sekitar yang buruk kerana memerlukan hampir 1 liter petrol untuk bergerak sejauh 3.8 kilometer sehingga dihentikan pengeluaran pada tahun 2010.

Tetapi pihak GMC telah berkongsi imej acah di atas yang mengesahkan Hummer akan kembali tetapi sebagai sebuah kereta elektrik. Hummer EV akan dilancarkan pada 20 Mei 2020, hampir sedekad selepas pengeluar Hummer H3 dihentikan. GMC menjanjikan kenderaan dengan 1000 kuasa kuda dengan kemampuan 0-1o0 kmj dalam masa 3 saat sahaja. Apabila mula dipasarkan pada tahun 2021 kelak, besar kemungkinan Hummer EV ini akan bersaing secara terus dengan Tesla Cybertruck.

Previous
Next Post »