Apple Dilaporkan Pernah Berbincang Untuk Pengambil-alihan MGM

https://ift.tt/2RAJCIx

Apple sejak daripada tahun lepas telah lebih memfokuskan kepada penawaran kandungan melalui beberapa perkhidmatan tersendiri, termasuk salah satunya adalah kandungan video melalui AppleTV+. Untuk tujuan berkenaan, Apple telah membuat pelaburan yang tinggi dalam penghasilan kandungan dan mendapatkan hak secara eksklusif.

MGM

Selain daripada itu, kini menurut laporan CNBC, beberapa syarikat dilaporkan telah berbincang dengan pihak MGM untuk pengambil-alihan, termasuk salah satunya adalah Apple.

Bagi yanng tidak mengenali akan MGM, ia merupakan salah satu syarikat yang terkenal dengan penerbitan sejumlah filem popular, termasuk salah satunya adalah James Bond.

Ia dikatakan Apple mungkin berminat mengambil-alih sebahagian atau keseluruhan syarikat MGM ini.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada pihak Apple akan meneruskan perbincangan untuk pengambilalihan ini atau terhenti begitu sahaja.

Previous
Next Post »