Google Melancarkan Tangi – Platform Video Pendek Khusus Untuk Tutorial

https://ift.tt/eA8V8J

Sudah menjadi kebiasaan pada waktu ini untuk mencari video tutorial di YouTube. Banyak benda boleh dipelajari seperti bagaimana menukar bateri pada komputer riba, membaiki pendingin hawa tersumbat dan bagaimana menukar skrin peranti. Tetapi di Google ini tidak mencukupi kerana mereka baru sahaja melancarkan Tangi, platform video pendek khusus untuk tutorial.

Tangi ialah singkatan kepada ayat TeAch aNd GIve. Menerusinya pengguna boleh menonton video pendek sehingga 60 saat yang mengajar cara menghasilkan kraftangan kreatif, menghasilkan kek, mencuba resipi masakan dan banyak lagi. Dengan kepopularan platform video pendek seperti TikTok, Google merasakan terdapat ruang untuk sebuah lagi platform video pendek hanya untuk tutorial. Pada waktu ini Tangi boleh diakses menerusi laman web atau aplikasi iOS.

Previous
Next Post »