‘Virus’ dari China ini bakal masuk Malaysia 14 Februari nanti

Malaysia akan menjadi negara pertama di luar China yang menawarkan Huawei Nova 7i sekaligus membawa 'virus' baru iaitu semua orang mahu membelinya.

Ketika Huawei pertama kali memperkenalkan siri Nova, ia menarik perhatian dunia dengan pengenalan dua kamera swafoto yang memberikan sudut keemasan di dalam swafoto. Siri ini merevolusikan swafoto dengan meningkatkan tahap cabaran sekali lagi. Huawei Nova 7i baharu mengambil swafoto ke tahap seterusnya dengan fungsi kamera video yang tiada tandingan.

Kamera swafoto di dalam telefon kelas pertengahan baharu ini datang dengan kelainan Ð di sebalik sekadar kamera swafoto generik, ia menawarkan kamera video swafoto yang memiliki ciri-ciri tambahan antaranya sticker, filter dan kesan-kesan khas. Sama ada TikTok atau video Instagram, ciri-ciri ini dapat digunakan secara lancar kerana kesemuanya disepadukan bersama kamera HDR. Tidak perlu memuat turun aplikasi tambahan! 

Di dalam era di mana panggilan video semakin kerap, Huawei Nova 7i menjadi telefon pertama Huawei memperkenalkan  ciri panggilan video binaan dalam dikenali sebagai MeeTime. Imej dan audio panggilan video adalah berkualiti lebih baik oleh kerana penyepaduan kamera swafoto bercahaya rendah Huawei, dengan fungsi pembesar suara dan mikrofon pada telefon. Pengguna tidak perlu bimbang untuk mencari kawasan terang agar orang dihubungi dapat melihat wajah anda semasa panggilan. MeeTime dibina ke dalam OS, maka itu pengguna tidak perlu memuat turun aplikasi lain bagi menikmati ciri tersebut. 

Di belakangnya, kamera quad 48MP turut merangkumi ciri ultraluas khusus dan ciri makro. Huawei Nova 7i didatangkan dengan kamera belakang 26mm (luas) F/1.8 dan HDR yang membolehkan kamera menyerap lebih banyak cahaya, menjadikan gambar dan video kelihatan menawan walaupun dalam keadaan cahaya rendah.

Kamera ini juga memiliki ciri luar biasa yang bakal menjadikannya kegemaran ramai sepanjang masa Ð kesan kurus baharu! Ia berfungsi secara eksklusif pada kamera belakang dengan fungsi video, membolehkan setiap pengguna untuk ÒmengurangkanÓ beberapa kilogram badan hasil daripada juadah perayaan atau sekadar untuk suka-suka dan video lawak dengan orang tercinta. Ciri kurus ini membolehkan seseorang yang direkod pada video kelihatan sedikit kurus secara semulajadi, jadi anda tidak perlu bersusah-payah mencari sudut terbaik bagi merakam video!

Paparan pada Huawei Nova 7i adalah paparan LCD LTPS IPS 6.4 inci dengan warna 16M. Paparan itu memliki nisbah paparan ke badan 83.5% dengan resolusi 1080 X 2310 pixels. Bagi meningkatkan lagi pengalaman mesra pengguna, pengimbas cap jari pada telefon menjadikannya mudah bagi pengguna untuk membuka kunci telefon.

Huawei Nova 7i didatangkan dengan pemprosesan serba baharu iaitu pemproses octa-core HiSilicon Kirin 810 bagi menandakan kelahiran bintang baharu di dalam siri Nova. Digandingkan dengan 8GB RAM dan 128GB memori dalaman serta menyokong slot kad memori nano sehingga 256GB, telefon ini diperbuat untuk bersinar lebih terang berbanding yang lain.

Bagi menangani keperluan masyarakat yang sentiasa bergerak, Huawei memasang bateri 4200mAH di dalam Nova 7i baharu ini, memberikan bateri cukup untuk bertahan sehingga sehari penuh. Selain itu, Nova 7i baharu memiliki pengecas Super 40W yang memberikan 70% bateri di dalam 30 minit pengecasan, memastikan masa guna maksimum dengan pengecasan mininum.

Keseluruhannya, Huawei Nova 7i adalah telefon bertahap pertengahan yang menawarkan ciri-ciri telefon premium, tahap seterusnya.  Paparannya memastikan pengalaman menyeronokkan dan lancar semasa bermain permainan, menonton video atau sekadar melayari Instagram, kerana telefon ini sarat dengan ciri-ciri menarik.

Huawei Nova 7i akan diperkenalkan pada 14 Februari 2020. Harga bagi Huawei Nova 7i akan diumumkan bersama butiran pameran bergerak pada waktu terdekat.



from TheSkop https://ift.tt/31aL4nR
via gqrds
Previous
Next Post »