Sebanyak 100 Juta Motorola Moto G Telah Terjual Setakat Ini

https://ift.tt/2UbIDQx

Motorola Moto G generasi pertama dilancarkan pada tahun 2013 dengan tujuan menawarkan sebuah peranti kelas permulaan mampu milik yang baik. Pada waktu tersebut peranti kelas permulaan mempunyai reputasi buruk tidak berfungsi dengan lancar dan mempunyai kemampuan kamera yang tidak memuaskan. Selepas hampir tujuh tahun, peranti ini akhirnya mencecah angka jualan 100 juta.

Selepas beberapa generasi dijual sebagai peranti kelas permulaan. kini kedengaran peranti Moto G yang seterusnya akan dilengkapi sebuah stylus. Gambar peranti Moto G Stylus telahpun tertiris sebelum ini. Beberapa ura-ura yang telah didengari ialah ia akan dijana cip Snapdragon 665, memori sebesar 4GB RAM, storan 64GB dan bateri sebesar 5000 mAh.

Previous
Next Post »