Google Dilaporkan Sedang Membangunkan Satu Lagi Aplikasi Untuk Komunikasi

https://ift.tt/eA8V8J

Google sebelum ini pernah hadir dengan sejumlah aplikasi komunikasi berbentuk permesejan – namun kebanyakkannya tidak begitu berjaya, atau ditamatkan oleh Google selepas suatu tempoh. Paling terbaru yang ditamatkan adalah Google Allo, selain penawaran Hangouts untuk pengguna awam.

Apa pun, perkara berkenaan tidak menghentikan usaha dan eksperimen pihak Google dalam arena berkenaan. Menurut The Information, Google kini sedang membangunkan sebuah aplikasi yang mengabungkan pelbagai perkhidmatan komunikasi – dan lebih ditujukan kepada pengguna perusahaan.

Aplikasi berkenaan dikatakan akan menghubungkan Hangouts Chat, Hangouts Meet, GMail dan juga Google Drive. Ini sekaligus akan membolehkan pihak pengguna membuat penghantaran mesej, panggilan video, selain pada masa yang sama berkongsi dokumen dan juga fail.

Aplikasi dan penawaran baru ini dikatakan akan menjadi sebahagian daripada penawaran aplikasi produktiviti dibawah G Suite.

Memandangkan pelbagai syarikat menggunakan G Suite, maka ia mungkin akan menjadi salah satu aplikasi yang digunakan ramai – apatah lagi dengan alternatif lain seperti Slack dan Microsoft Teams yang sering menjadi perbandingan.

Buat masa ini, Google tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan hal ini.

Previous
Next Post »