Samsung Memfailkan Tanda Dagang UTG Untuk Peranti Skrin Boleh-Lipat

https://ift.tt/37ObUEY

Tinggal kurang dua minggu sahaja lagi sebelum Samsung Galaxy Z Flip dilancarkan kepada umum. Peranti skrin boleh-lipat kedua dari Samsung ini dipercayai yang pertama akan menggunakan skrin kaca yang lebih tahan lasak berbanding skrin plastik Galaxy Fold. Penggunaan skrin kaca ultra nipis UTG ini telah disahkan kerana tanda dagangnya telah difailkan oleh Samsung menerusi badan EUIPO.

Samsung Galaxy Z FlipUltra Thin  Glass (UTG) yang digunakan dipercayai hanya setebal 30 mikron dan adalah lebih nipis berbanding sehelai rambut manusia. Dengan penggunaan UTG, masalah skrin yang mudah tercalar akan dapat diselesaikan oleh Samsung. Samsung telah melabur ke dalam syarikat DoInsys yang menghasilkan UTG sekaligus memastikan mereka mempunyai hak eksklusif penggunaan kaca ini pada skrin boleh-lipat.

Previous
Next Post »