Kemaskini iOS 13.3.1 Diberikan Bagi Menyahaktifkan Cip U1 Dan Menampal Pepijat Deep Fusion

https://ift.tt/37CoW8i

Sebuah lagi kemas kini diberikan oleh Apple pagi ini. iOS 13.3.1 menampal beberapa pepijat yang mengakibatkan gambar yang diambil mengambil masa yang lama sebelum kesan khas Deep Fusion diaktifkan. Pada waktu yang sama pengguna kini diberikan pilihan untuk menyahaktifkan cip U1 Ultra Wideband dari digunakan oleh perkhidmatan pengesan lokasi peranti.

Saiz muat turun adalah 278.6MB dan dimuat turun secara OTA pagi ini. Selain dua pepijat di atas, iOS 13.3.1 juga menampal pepijat pada aplikasi Mail, pepijat FaceTime dan juga sokongan bahasa Inggeris dari India pada HomePod. Senarai lengkap pepijat yang ditampal adalah seperti di atas.

Previous
Next Post »