IDC – Pengeluaran Tablet Berkurangan Lagi Sepanjang 2019

https://ift.tt/36Mk27B

IDC telah mengeluarkan laporan anggaran pengeluaran tablet sepanjang 2019 dan seperti tahun 2018 ia meneruskan trend pasaran yang semakin mengecut. Menurut angka IDC, pengeluaran tablet berkurangan sebanyak 1.5% dengan majoriti lima pengeluar terbesar menunjukkan pertumbuhan negatif.

Sebanyak 144.1 juta tablet dikeluarkan sepanjang 2019 berbanding 146.2 juta pada tahun 2018. Apple masih di tangga teratas dengan pengeluaran 49.9 juta iPad. Ini bersamaan dengan peningkatan 15.2% berbanding 2018. Apple iPad memegang 34.6% pasaran tablet pada tahun 2019. Mereka diikuti pula oleh Samsung (15.1%), Huawei (9.8%), Amazon (9%) dan Lenovo (8.5%). Amazon adalah satu-satunya lima pengeluar terbesar tablet selain Apple yang menunjukkan peningkatan pengeluaran.

Previous
Next Post »