Google sedia mempunyai akaun Twitter untuk sejumlah perkhidmatan mereka. Kini, dalam menjadikan interaksi lebih interaktif lagi, Google telah mengumumkan mereka akan menawarkan bantuan teknikal melalui penggunaan kata tagar khusus.
Google mengatakan mereka akan menawarkan bantuan berkaitan Android kepada pengguna dengan penggunaan kata tagar #AndroidHelp.
Langkah ini sekaligus membolehkan orang ramai turut berinteraksi dan mengambil peluang dalam menjawab beberapa persoalan, atau turut melihat kepada jawapan-jawapan yang telah sedia dibalas untuk permasalahan Android.
Bagi anda yang sering menggunakan Twitter, mungkin boleh menyimpan dan mengikuti kata tagar #AndroidHelp hari ini.
Have questions related to your #Android
? We’re here to help. Now, you can get assistance by tweeting your issue using hashtag #AndroidHelp.
— Android (@Android) January 27, 2020