https://ift.tt/eA8V8J
Dengan pelbagai telefon pintar menawarkan spesifikasi yang tinggi pada masa kini, pelbagai pengeluar mula bersaing dari segi penawaran kadar segar semula yang tinggi dan beberapa ciri menarik yang lain.
Melalui perkongsian pihak OnePlus, mereka mengatakan telah bekerjasama dengan Samsung untuk hadir dengan skrin OLED khusus yang menawarkan paparan cantik pada kadar 120Hz. OnePlus turut menyertakan cip MEMC khusus untuk menyertakan beberapa bingkai tambahan pada video dalam menghasilkan paparan 120Hz.
OnePlus turut dijangka menyertakan kadar kecerahan mencapai 1000-nit bersama-sama dengan skrin pada telefon akan datang mereka ini.
OnePlus dijangka akan berkongsi lanjut mengenai penawaran teknologi skrin terbaru mereka pada minggu ini.