Kerajaan Akan Memulakan Agihan RM30 eTunai Rakyat Menerusi GrabPay, Boost Dan Touch n’ Go eWallet Esok

https://ift.tt/2PJpJxX

Bagi menggalakkan penggunaan dompet digital untuk transaksi nirtunai di Malaysia, kerajaan mengumumkan akan menawarkan kredit sebanyak RM30 untuk digunakan dalam dompet digital di bawah inisiatif eTunai Rakyat. Agihan kredit ini akan bermula esok 15 Januari menerusi dompet digital Touch n Go eWallet, Boost dan juga GrabPay.

Untuk mendapatkannya, pengguna perlu membuat permohonan melalui dompet digital berkenaan. Rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, dan berpendapatan RM100,000 setahun ke bawah layak untuk menerima RM30 ini.

Pengagihan akan dilakukan antara 15 Januari 2020 sehingga 14 Mac 2020 kelak. Maklumat lanjut berkaitan penawaran kredit melalui dompet digital ini dijangka akan dilakukan tidak lama lagi oleh Boost, TNG dan juga GrabPay.

Previous
Next Post »