Goodix Akan Mula Menghasilkan Pengimbas Cap Jari Bawah Skrin Untuk Skrin LCD Secara Pukal Tahun Ini

https://ift.tt/35cXM5Z

Pengimbas cap jari bawah skrin adalah satu trend baharu untuk banyak peranti pintar. Terdapat dua jenis, optikal dan ultrasonik dan kedua-duanya ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Paling popular adalah jenis optikal dan ia banyak digunakan pada pelbagai peranti. Ultrasonik pula, dilihat terhad dengan peranti Samsung sahaja buat masa ini.

Antara kelemahan kedua-dua jenis sensor pengimbas cap jari bawah skrin ini adalah, ia hanya boleh dipadankan dengan panel OLED sahaja. Secara tidak langsung menjadikannya terhad kepada peranti mercu dan peranti kelas pertengahan premium sahaja. Tahun ini, Goodix menyatakan mereka sudah bersedia untuk menghasilkan secara pukal sensor pengimbas cap jari bawah skrin yang boleh dipadankan dengan panel LCD. Secara tidak langsung, lebih banyak peranti mampu milik turut akan menikmati teknologi sekuriti ini.

Goodix Technology bagi yang tidak tahu adalah syarikat yang berpangkalan di China. Mereka bukan syarikat biasa-biasa sahaja, kerana mereka adalah antara pembekal utama untuk pengimbas cap jari pada peranti Huawei Nova 6 5G, Honor V30 Pro, Redmi K30 5G dan pengimbas cap jari bawah skrin untuk OnePlus 7T Pro, Huawei Mate 30 Pro, Oppo Reno3 dan banyak lagi.

Beberapa bulan lepas, Huawei sudah pun mula menguji teknologi ini. Manakala, BOE pula mendakwa yang mereka telah pun berjaya menghasilkan teknologi ini. Namun masih tidak kelihatan lagi. Ada kemungkinan besar, BOE dan Goodix akan menjadi pesaing sengit dalam pasaran 2020 untuk teknologi ini.

Previous
Next Post »