Apple Mempatenkan Apple Pencil Dengan Sokongan Kawalan Gestur, Kamera Terbina, & Pengimbas Biometrik

https://ift.tt/2tbpd3b

Apple Pencil adalah sejenis stilus untuk digunakan pada pelbagai jenis iPad. Sama seperti S-Pen pada Galaxy Note, Apple Pencil juga mempunyai pengalaman penggunaan yang mirip dengan pensil/pen sebenar. Ianya jitu, lancar dan mudah sahaja digunakan. Tetapi berbeza dengan S-Pen yang ada pelbagai fungsi, Apple Pencil hanya boleh digunakan untuk menulis dan melukis sahaja.

Apple ada mempatenkan Apple Pencil dengan sejumlah sensor terbina, agar memberi beberapa fungsi dan ciri tambahan yang menarik. Sensor ini akan dimuatkan di bahagian yang dicengkam pengguna dan mempunyai sokongan gestur satu tap, dua tap, tiga tap atau yang gestur yang ditetapkan sendiri oleh pengguna. Gestur ini juga boleh melakukan pelbagai tugasan seperti menyalin dan menampal teks atau juga undo/redo. Kawalan gestur lain adalah gestur gulingan, yang mana pengguna boleh menggunakan jari dan sentuh di sekeliling Apple Pencil untuk sesuatu tugasan.

Apple turut mencatat dalam paten yang difailkan, terdapat pelbagai lagi perkara yang boleh diimplementasikan dalam Apple Pencil. Sensor pengimbas biometrik juga tidak mustahil untuk pengesahan pembayaran melalui Apple Pay. Atau, kamera juga tidak menjadi masalah, pad sesentuh, fungsi seakan force touch dan banyak lagi.

Previous
Next Post »