Harga jualan rasmi Xiaomi Mi Watch tertiris – Sekitar RM885

Xiaomi sebelum ini telah mengumumkan jam pintar pertama mereka yang bernaung di bawah jenama Xiaomi sendiri, berbeza dengan Amazfit iaitu Xiaomi Mi Watch yang hadir dengan cip pemproses Snapdragon 3100 chipset dan GPU Adreno 304.

Menerusi laman web rasmi Xiaomi yang telah dikongsikan oleh ITHome, harga jualan bersempena penjualan 11.11 pada bulan ini telahpun tertiris menunjukkan bahawa jam pintar dari Xiaomi itu bakal dijual dengan harga CNY 1,499 (~RM885). Manakala untuk penjualan harga biasa, ia akan ditawarkan dengan harga CNY 1,699 (~RM1,003).

Dari segi rekaan Mi Watch, ia seakan jelmaan Apple Watch yang dijual dengan harga yang lebih murah dengan rekaan yang hampir sama dan spesifikasi yang sedikit berbeza. Mi Watch juga turut menyokong sambungan NFC, Bluetooth 4.2, pengesan sukan, pembakaran kalori, pengesan langkah, eSIM, WiFi dan GPS.

The post Harga jualan rasmi Xiaomi Mi Watch tertiris – Sekitar RM885 appeared first on TheSkop.



from TheSkop https://ift.tt/2JRsIRz
via IFTTT
Previous
Next Post »