Twitter Menangguh Pelan Memadam Akaun Yang Tidak Aktif Selepas Menerima Kritikan

https://ift.tt/eA8V8J

Semalam Twitter mengumumkan pelan memadam akaun yang sudah tidak aktif melebihi enam bulan. Dengan pemadaman ini nama akaun yang sudah tidak aktif ini boleh diambil oleh pengguna-pengguna aktif. Pelam mereka ini menerima kritikan pengguna khususnya dari mereka yang ahli keluarga pengguna yang telah meninggal dunia.

Tidak seperti Facebook, Twitter tidak mempunyai sistem yang membolehkan akaun pengguna yang telah bertemu ilahi untuk disimpan bagi tatapan ahli keluarga. Twitter berkata mereka akan hanya meneruskan proses pemadaman akaun selepas sistem seakan Facebook Tributes ini diberikan kepada pengguna. Pada waktu ini pemadam akaun aktif akan hanya dilakukan pagi pengguna di Kesatuan Eropah bagi memenuhi akta privasi ketat seperti GDPR.

Previous
Next Post »