Google Mula Memaparkan Iklan Auto-Main Yang Besar, Kuat Dan Tidak Boleh Dilangkau Pada YouTube TV

https://ift.tt/2pUTYry

Pada bulan September lalu, Google mula menawarkan kepada pengiklan untuk mengiklankan produk dalam bentuk Masthead. Ia adalah paparan iklan yang besar, ada audio dan tidak boleh di langkau pada aplikasi YouTube di Android TV. Iklan ini akan berada pada bahagian atas, sebaik sahaja aplikasi YouTube dibuka.

Semasa Google mengumumkannya, ia hanyalah ujian semata-mata dan hanya jika ujian ini berjaya baru Google akan benarkan iklan dalam bentuk ini. Terkini, menurut Google ujian iklan ini sudah pun berjaya. Jadi, mana-mana syarikat yang ingin mengiklankan sesuatu sudah boleh membelinya dengan Google.Oh ya, iklan ini juga akan berubah menjadi skrin penuh secara tiba-tiba dan pengguna tidak boleh kecilkan tetingkap video ini.

Iklan ini akan dipaparkan kepada semua pengguna secara global, kecuali kepada mereka yang sudah melanggan YouTube Premium.

Previous
Next Post »