Peranti Samsung Mungkin Akan Menerima Android 10 Bermula Januari 2020


Samsung sehingga hari ini masih belum memberikan latar masa bilakan peranti-peranti mereka akan diberikan kemas kini Android. Setakat ini hanya peranti S10 dan Note 10 menerima perisian Android 10 Beta untuk diuji. Tetapi menurut notifikasi yang diterima oleh pengguna di Israel, kemas kini Android 10 akan diberikan bermula Januari 2020.
Latar masa untuk 28 peranti menerima Android 10 diberikan menerusi aplikasi Samsung Members di negara tersebut.  Tujuh peranti terawal yang akan menerimanya ialah A30, Note 9. Note 10, Note 10+, S10, S10+ dan S10e. Proses kemas kini akan diberikan secara berperingkat sehinggalah September 2020.
Harus diingatkan lata masa ini adalah khusus untuk pasaran Israel sahaja pada waktu ini. Tahun lalu kemas kini Android 9 diberikan kepada pengguna di Eropah Note 9 dan S9 pada penghujung Disember. Pengguna di Malaysia pula menerimanya pada bulan Januari.
Januari 2020
  1. Galaxy A30
  2. Galaxy Note 10
  3. Galaxy Note 10+
  4. Galaxy Note 9
  5. Galaxy S10
  6. Galaxy S10+
  7. Galaxy S10e
Mac 2020
  1. Galaxy A80
April 2020
  1. Galaxy A50
  2. Galaxy A70
  3. Galaxy A7 2018
  4. Galaxy A9 2018
  5. Galaxy S9
  6. Galaxy S9+
  7. Galaxy Tab S6
Mei 2020
  1. Galaxy A10
  2. Galaxy A10s
  3. Galaxy A20
  4. Galaxy A30s
Jun 2020
  1. Galaxy A20s
  2. Galaxy J6
  3. Galaxy J6+
Julai 2020
  1. Galaxy J8
  2. Galaxy Tab S4 10.5
  3. Galaxy Tab S5e
Ogos 2020
  1. Galaxy Tab A 10.1 (2019)
  2. Galaxy Tab A8 (2019)
September 2020
  1. Galaxy Tab A 10.5
Previous
Next Post »