realme 6i sah masuk

realme Malaysia melancarkan siri quad kamera ke-6, realme 6i yang membawa peningkatan besar dari aspek kamera, prestasi dan reka bentuk.

Dengan menjadi yang pertama dalam segmennya, realme 6i mempunyai cip pemproses MediaTek Helio G80 yang pertama di dunia yang akan memastikan prestasi yang hebat dan cepat bagi kepuasan pengguna tegar telefon bimbit dan mobile gamers.

Ia dilengkapi dengan cip pemproses MediaTek Helio G80 bagi penyampaian kuasa yang menakjubkan. CPU octa-core mempunyai frekuensi utama, sehingga 2.0GHz dan menawarkan prestasi teras tunggal 35% yang lebih baik. GPU Mali G52 1000MHz pula menyampaikan prestasi 25% lebih baik. Hasil ujian Antutu Benchmark adalah 201,278, sekaligus menjadikannya penanda aras tertinggi dalam kalangan telefon peringkat pertengahan yang lain. Keputusan ini juga telah membuktikan realiti 6i mempunyai kualiti imej yang lebih tinggi dan kadar fresh rate lebih stabil iaitu 60fps semasa bermain game.

Bagi kameranya pula didatangkan dengan kamera utama 48MP, lensa sudut ultra lebar 119 ° (8MP), lensa potret (2MP) dan 4 cm lensa ultra makro (2MP). Setiap kamera menjalankan fungsi masing-masing dan bekerjasama rapat bagi menghasilkan pengalaman gambar yang menarik dan menyeronokkan. Terutamanya, kamera utama 48MP yang jelas membantu menghasilkan foto yang jelas dan cantik.

Model ini juga dilengkapi dengan bateri 5000 mAh yang besar dengan hayat bateri lebih panjang. Mempunyai perlindungan keselamatan tiga kali ganda, bateri ini diuji meliputi setiap bahagian dalaman bateri dan pengecas. realme 6i juga menyokong pengecasan pantas 18W dengan 9V/2A yang membantu menaikkan kelajuan pengecasan dan mengurangkan masa pengecasan. Berdasarkan ujian bateri yang dijalankan, realme 6i boleh bertahan selama 39 hari screen off dan 40.07 jam screen on.

Untuk bergerak selari dengan budaya reka bentuk trendsetting, realme 6i didatangkan dengan reka bentuk klasik hasil ilham pereka Naoto Fukasawa. Model ini menggunakan proses penyemburan yang unik dan telefon juga digilap ratusan kali. Kesannya, belakang telefon memberi kesan visual matte, dengan penamat yang halus dan selesa. realme 6i boleh didapati datang dalam dua warna, Green Tea dan White Milk.

realme 6i dilengkapi dengan skrin 6.5″ HD+ mini drop fullscreen yang 30.9% lebih kecil daripada dewdrop biasa, menjadikan nisbah badan skrin setinggi 89.8%. Skrin besar ini akan memberi pengguna pengalaman yang menakjubkan ketika menonton video atau bermain game. Selain itu, nisbah skrin 20: 9 menjadikan telefon lebih ramping, mudah dibawa dan lebih banyak memuatkan maklumat padanya.

Reka bentuk 3-slot menyokong penggunaan dua kad SIM dan satu kad Micro-SD, yang membolehkan pengguna untuk memperluas storan semasa menikmati sambungan dwi-kad. realme 6i dilancarkan bersama realme UI berdasarkan Android 10.

The post realme 6i sah masuk appeared first on TheSkop.



from TheSkop https://ift.tt/2XIfuy6
via gqrds
Previous
Next Post »