MediaTek Dimensity 1000 5G diumumkan – Pembunuh cip pemproses pesaing!

Sebelum ini MediaTek cukup terkenal dengan cip pemproses yang kurang disukai oleh penggemar telefon pintar kerana hasilnya yang kurang memuaskan pengguna. Namun MediaTek seakan mula mengubahnya dengan perkenalan cip pemproses Helio G90T yang digunakan pada Redmi Note 8 Pro.

Dan kini MediaTek sekali lagi menggemparkan dunia teknologi peranti apabila pihak mereka telah mengumumkan cip pemproses terbaru mereka iaitu MediaTek Dimensity 1000 5G yang bersaiz 7nm, prestasi 4 x ARM Cortex-A77 dan Mali-G77 GPU. Malah menyokong paparan QHD+ bersama segar semula 90Hz, kamera sehingga 80MP, dwi-SIM 5G pertama di duni dan pelbagai lagi.

Menariknya lagi pada cip pemproses ini, skor AnTuTu Benchmark yang dikongsikan oleh GSMarena telah menunjukkan hasil 511,363. Sekaligus meletakkan skor AnTuTu fon dengan cip pemproses Snapdragon 855+ dan Apple A13 Bionic dibawah iaitu ASUS ROG Phone 2 (496,226) dan iPhone 11 Pro Max (456,065). Namun tidak dapat dipastikan fon apa yang telah digunakan pada cip pemproses MediaTek ini untuk ujikaji ini.



from TheSkop https://ift.tt/37JwwPb
via IFTTT
Previous
Next Post »