Honor FlyPods 3 Adalah TWS Dengan Pembatalan Hingar Aktif Yang Berharga Sekitar RM475

https://ift.tt/2rxz8yE

Honor FlyPods adalah set fon telinga niwayar sebenar (TWS) dari Honor. Ia mula dilancarkan pada tahun lepas dan kemudiannya beberapa variasi turut diperkenalkan. Hari ini bersama-sama dengan Honor V30/V30 Pro dan Honor Magic Watch 2 – Honor turut melancarkan Honor FlyPods 3.

Apa yang menarik dengan TWS Honor terbaru ini adalah, ia menyokong pembatalan hingar aktif dan boleh meningkatkan lagi pengurangan hingar. Sistem pembatalan hingar yang digunakan adalah jenis hibrid dan mereka mendakwa mempunyai tahap pembatalan hingar sama tahap dengan Apple AirPods Pro. Menjadikan TWS Honor yang baru ini lebih menarik, panggilan telefon pada TWS ini juga adalah lebih hebat dan lebih jelas. Untuk pemacu audio, Honor FlyPods 3 menggunakan saiz 10mm dan menawarkan kualiti audio yang lebih mendalam dari segi bass dan pengalaman keseluruhan yang lebih mengasyikkan.

Harga jualan di China adalah 799 Yuan, iaitu sekitar RM475.

Previous
Next Post »